Isnin, 24 Ogos 2009

Apa itu Tabarruj

Tabbarruj...

Firman Allah:
ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Tafsirnya: Dan Janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti tabarrujnya wanita2 jahaliyah yg terdahulu.(33: Al-Ahzab)
Perkara2 yg dianggap tabarruj adalah seperti berikut:
1. Menunjukkan aurat.
Firman Allah:
Tafsirnya: Dan wanita2 itu tidak menunjukkan auratnya melainkan kepada suaminya....(31: Nur)
kaki dan lengan tangan perlu dipelihara oleh wanita drpda dilihat lelaki yg bukan mahram. Banyak wanita yg tak jaga waktu dia mengangkat tangannya sehingga terlihat lengannya. begitu juga kaki wanita wajib menutupnya dgn stokin dan lainnya.
2. Memakai pakaian atau perhiasan yg menarik perhatian lelaki.
Firman Allah:
Tafsirnya: Dan Janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yg tersembunyi.(Nur: 31)
Oleh kerana itu janganlah pakai pakaian fashion yg lebih2 dan lain drpada yg lain. atau yg bermekap yg lebih dan perhiasan yg melampau.Ada juga yg pakai jubah tapi fashion yg berlebih2an seperti terbelah lah sebagainya..lebih baik dia memakai tshirt lengan panjang dan seluar track yg panjang smabil pakai tudung dan stokin...Apa pun pakai jubah yg biasa di samping baju kurung didalam adalah yg terbaik..
3. Cara bermuamalah yg lembut yg dibuat2 dan menggoda.
Firman Allah:
Tafsirnya: Maka janganlah kamu hai wanita melunakkan suara yg menyebabkan lelaki yg rosak hatinya akan tergoda.(32: Ahzab)
4. Berpakaian sempit dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
Anas bin Malik berkata: Saidina Umar r.a melarang wanita memakai pakaian qubati kerana ianya menampakakan susuk tubuh.
5.Memakai pakaian sperti lelaki
Nabi s.a.w bersabda:
"Allah melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki."(HR Bukhari)
6. Melakukan perhiasan yg diharamkan sperti tatu, menipis atau mencukur kening.
Sabda Nabi:
"Allah melaknat wanita yg membuat tatu, menipiskan kening, merenggangkan gigi untuk kecantikan."(HR Muslim)
Penutup: Wanita hendaklah waspada dan menjauhi perkara2 diatas kerana boleh menyebabkan menjadi ahli neraka dan tidak cium bau syurga sperti hadis dibawah:
Maksudnya: Dua golongan drpada ummatku daripada ahli neraka: (salah satunya) Perempuan yg berpakaian tetapi seperti telanjang, terpesong dari perintah Allah, berjalan yg menarik perhatian org lelaki dan rambut difashion2kan dgn pelbegai bentuk dan didedahkan; mereka itu tidak dapat mencium bau syurga, sekalipun bau syurga boleh dihidu dlm jarak yg jauh (500 thn perjalanan).(HR Muslim

Jumaat, 21 Ogos 2009

Niat & Doa

Lafaz niat dan niat berpuasa:

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -kerana Allah Ta'ala"


Doa berbuka puasa:

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat Seluruh Dunia
Lipatgandakan Amalan Kebaikan.
Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadhan Al Karim

Jenis-jenis Qadha

Qadha terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a. Qadha Mubram.
Qadha mubram adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan tidak
berubah.contohnya seperti kelahiran, kematian serta kejadian siang dan malam.

b. Qadda Mu'allaq.
Qadha Mu'allaq adalah ketentuan Allah s.w.t terhadap sesuatu sesuai dengan usaha dan iktiar manusia. contonya kejayaan manusia bergantung kepada usaha dan ketekunan namun hasilnya tidak dapat diketahui sebelum ia berlaku.

Selasa, 18 Ogos 2009

Isnin, 17 Ogos 2009

Merdeka







Pelancaran hari kemerdekaan sk sepri 2009.

Ahad, 16 Ogos 2009

Senjata Mukmin

DOA JAUHKAN WABAK

Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa. AMIN..

Menunggu hari


Salah seorang ahli panitia Agama yang sentiasa ceria kerana menunggu saat-saat bahagia........Tahniah!!!!!!!!

ps: suka la tu.........Dulu masam je................

Jumaat, 14 Ogos 2009

RENUNGLAH....

AMALKAN AMALAN MEMBERI SALAM

NAMA-NAMA SYURGA & NERAKA

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga ‘Adn
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Na’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa’iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”
Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur’an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur’an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

MUTIARA HATI

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah"
(Riwayat Khamsah

NIKMAT BUAT MU...

Sabda Nabi (s.a.w) :
Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Khamis, 13 Ogos 2009

ANTARA DUA KEBAHAGIAAN DAN DUA KESIHAN

Sebuah kereta mewah Mercedes model terbaru meluncur dengan lajunya di salah satu lebuhraya di ibu kota. Di dalamnya terdapat dua orang suami isteri, dato dan datin yang sememangnya terkenal di daerah berkenaan. Namun kesedapan dan keselesaan dua penumpang tersebut dikejutkan dengan bunyi brek yang agak kuat. Lalu kereta Mercedes berkenaan tiba-tiba terhenti di tepi lebuhraya berkenaan. Bunyi brek tersebut juga mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang bersembang santai di anak tangga di salah satu rumah stinggan di bawah lebuhraya berkenaan sedang si isteri mencabut rambut putih di kepala suaminya . Si suami berkain pelikat singkat bergulug tebal tidak berbaju duduk di anak tangga bawah manakala si isterinya berkain batik serta berbaju t-shirt lusuh duduk di anak tangga setingkat atas dari suaminya.

Sebaik sahaja dato dan datin berkenaan keluar dari kereta mewah mereka, keduanya merungut-rungut takut kelewatan sampai ke tempat tuju. Sambil membetulkan sanggulnya serta baju kebaya yang baru diambil dari butik terkenal di bandar tersebut si datin terus merungut-rungut. Manakala si dato juga membetulkan bush jecketnya, Si datin masih merungut-rungut. Katanya ,” Itu le bang, I dah cakap kat you, Merc yang baru you beli ni tak selesa lansung. Rupa je canggih tapi hampeh. Baik lagi yang dulu tu. Tapi you tak pernah pun dengar cakap I. Ni le first time I naik kereta jadi macam ni.” “ Aleh biasa le kereta tayar pancit kalau you nak yang tak pacit naik je ketapi lansung tak pancit-pancit. Dah beli keta baru untuk dia pun nak songeh-songeh lagi.” Jawab suaminya balek dengan sedikit meniggikan suara. Belum selesai kata-kata suaminya berakhir, si datin langsung menjawab spontan, “ Ye la! Ye la! Yang selalu naik keta ni I bukannya you. You asyik oversea! Oversea! Oversea! Itu je lah, nyampah betul I.”

Rupanya dato dan datin ni memang selalu bergaduh, kekadang masalah anak-anak, kekadang masaalah syarikat dan kekadang masaalah kahwin lagi seorang. Mereka jarang-jarang jumpa tapi kalau jumpa pasti bergaduh. Gelagat kedua-dua dato dan datin berkenaan diperhatikan oleh kedua-dua suami isteri penghuni stinggan tersebut. Dan kedua-dua dato dan datin tersebut pun menyedari yang mereka berdua diperhatikan oleh suami isteri berkenaan. Sambil dato itu melihat ke bawah ke rumah stinggan berkenaan ia juga mengarahkan datin berbuat demikian dengan katanya,”Cuba awak lihat kat bawah tu. Alang kah bahagianya mereka walau pun hanya hidup kat rumah setinggan.Tak ada kereta mewah, tak ada rumah mewah, tak berpakaian mahal tapi cukup bahagia, cukup rapat. Alangkah baiknya kita kalau macam mereka.” Ketika itu si isteri stinggan kat bawah tu masih lagi mencabut rambut putih serta mengusap-usap rambut suaminya. “Ye la memang bahagia, tak macam kita asyik bergaduh je.” Celah si datin dengan suara yang mula rendah.

Suami isteri stinggan pula bila menyedari mereka juga diperhatikan oleh kedua dato dan datin, si isterinya pun bersuara manja, “Abang tengok tu, alangkah bahagianya kedua orang kaya tu. Tengok je kat si isteri dia, sanggulnya, baju kebayanya bukan main lawa. Tengok pula make-up mukanya bukan main cantik. Kalau Tipah jadi macam tu alang kah bahagianya.” Sambil melihat kat atas si suami juga bersuara, “ Itu kau Tipah, aku pulak kalau macam suaminya alangkah bahagianya, dengan bush jecket, kasut hitam berkilat .Naik pula keta Mercedes , Maak ooi ! bahagianya aku, kau pula tu Tipah dok pula sebelah aku. Alangkah indahnya , alangkah bahagianya kita waktu tu.”
Angan-angan kedua-dua dato datin serta suami isteri stinggan itu hilang apabila kereta Mercedes itu selesai ditukarkan tayarnya oleh pemandu dato berkenaan dan meluncur semula ke distinasinya.

PS:fikir-fikirkan.........

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kejayaanmu Kebanggaan Kami

1) Festival Nasyid 2009
Berkat usaha dan semangat murid-murid Sek.Keb.Sepri, pada tahun ini sekolah kita telah berjaya memenangi Nasyid walaupun Naib Johan..Syukur Alhamdulillah..


Terima kasih kepada tenaga pengajar kita Ustazah Siti Najwa yang banyak membantu..Insya'allah tahun depan kita JOHAN ok..
Dulu tak pandai main alat muzik, tapi sekarang dah pandai tau...

2) Semaian Wahyu j-QAF-KAP 2009


Program ini merupakan program j-QAF -KAP,tahun ini merupakan tahun ke-3 diadakan. Antara pertandingan yang diadakan ialah tilawah al-Quran,kuiz,dikir barat bahasa arab dan kalam jamaie.Alhamdulillah pada tahun ini sekolah kita telah memenangi 2 acara iaitu:


Johan Tilawah Al-Quran Tahap 1 (Perempuan):Nabilah Raihanah Nordin
Johan Kuiz j-QAF tahap 2: Mohd Zuhairi,Syafiqah & Siti Nur Syakirah
Sijil Penyertaan : Kalam Jamaie

Peserta SK Sepri 2009


p/s: selamat maju jaya

bestari solat??!!

Besta oh bestari

pemantauan oleh penolong pengarah j-qaf, ust Suhaimi
memantau....
sebelum solat kena ambil wuduk...
comelnya........
sejuk mata memandang tengok anak-anak kita pakai telekung utk solat..................

Kenangan MTAQ

bangga.................

Juara MTAQ Daerah tu..........kenangan...

Gambar masa mtaq tahun lepas....kejap je rasa......

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
  • Berbuat baik kepada ibu & bapa
  • Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa- Bersikap baik terhadap tetangga.

2. Taat kepada suami

  • Memelihara kewajipan terhadap suami
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
  • Tidak cemberut di hadapan suami
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  • Tidak keluar tanpa izin suami
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.


Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.


2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”


3) Mudah terpedaya dengan syahwat.


4) Lemah iman.


5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


p/s: Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

MUTIARA KATA

Buat renungan dan tatapan bersama...

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Hadiah Terbaik:
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan

"Cinta kepada bunga akan layu, Cinta kepada manusia akan berpisah dan Cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

carta nak jadi pelajar cemerlang

CARTA PELAJAR CEMERLANG

peddidikan islam

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Photobucket

Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.


KPM

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Photobucket
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.





KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada program j-QAF. Setiap sekolah di kehendaki mengadakan kem bestari solat sebanyak 4 kali setahun. Program ini bertujuan membantu murid-murid dalam Fardu Ain iaitu SOLAT. Antara pengisian yang dijalankan ialah amali wuduk, perlakuan solat dan amali solat. Murid yang terlibat ialah terdiri daripada murid tahun 1,2 dan 3.



Ustaz Mohd Rafai memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid-murid. Menerangkan tentang kelebihan solat dan hikmah solat.





Ini merupakan kesungguhan murid-murid semasa Kem Bestari Solat dijalankan. Bersemangat... inilah yang kita mahu.




Salah seorang murid tahun 1 (Afrina Faqihah) menerangkan cara-cara berwuduk kepada rakan-rakannya.



Tahniah dan terima kasih kepada tenaga pengajar yang terlibat dengan Kem Bestari Solat Sekolah Kebangsaan Sepri..


p/s: Jangan tinggal SOLAT....

Jumaat, 7 Ogos 2009

bagaimana kita tidur

Artikel dipetik dari:qhazanah.wordpress.com. layarilah dan sebarlah untuk perkongsian Ilmu.

- BAGAIMANA ANDA TIDUR..? -


Jangan Lah Ada Pengalaman Tertidur Seperti Ini

Janganlah Ada Pengalaman Sampai Tertidur Seperti Ini

Menurut kajian penulis,:

- Ada individu memberi keutamaan untuk bilik tidur yang cantik,

- Ada mahukan kualiti tidur

- Juga yang mahu masa tidur yang cukup

- Selain itu ada juga yang tak kisah tidur di mana dan bila masa

- Cuma segelintir sahaja tidur mengikut ajaran Islam.

Jadi amatlah rugi kita menumpukan kepada kaedah tidur yang menjauhi ruh Islam sehingga banyak wang dihabiskan serta jauh dari kasih sayang Allah..

Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi

Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi

Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)

2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang keempat, tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..

Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..

Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..

Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..

Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..

Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)

Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.

Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Dzikir Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Alaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 1

Doa-Sebelum-Tidur

“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 2

Doa Sebelum Tidur 2

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Doa Agar Dapat Tidur Malam

Doa-Agar-Dpt-Tidur-MlmMaksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni)

Doa Apabila Membalikkan Tubuh Pada Waktu Malam

Doa-Apabila-Membalikkan-Tubuh-Pada-Waktu-MalamMaksudnya: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun”. (Riwayat Al Hakim)

Dzikir Apabila Terjaga Daripada Tidur Di Tengah Malam

Dzikir Apabila Terjaga Dari Tidur Di Tengah Malam

Maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang terjaga dari tidur dan berzikir pada waktu malam dengan menyebut ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, Lahul mulku wa lahul hamd, wahuwa ‘ala kulli syai ‘in qadir, alhamdulillah wa subhanallah wala ilaha illallah wallahu akhbar wala haula wala quwwata illa billa, atau berdoa ‘Ya Allah ampunkanlah bagiku’ atau berdoa, maka dimustajabkan doanya. Jika dia berwudhuk dan bersolat maka akan diterima solatnya.” (Riwayat Bukhari)

Doa Bangun Dari Tidur

Doa-Bangun-Daripada-Tidur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur

“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)

Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.

TENTANG J- QAF

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

  • Menguasai bacaan dan tulisan jawi
  • Khatam al-Quran
  • Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
  • Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. model Kelas Pemulihan Jawi;

2. model Tasmik;

3. model 6 bulan Khatam al-Quran;

4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;

5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;

2. Kem Bina Juara;

3. Majlis Khatam al-Quran;

4. Kem Literasi al-Quran; dan

5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.


OH GURU.......

CIRI-CIRI GURU BESTARI

BERILMU PENGETAHUAN

Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai profesion perguruan dan bidang yang diajar.Ia dapat memberi keyakinan pada pelajar bahawa gurunya akan dapat memberi pengajaran yang sempurna.

BERKEMAHIRAN

Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan menggunakan peralatan berteknologi.

CERDAS & CERGAS

Cerdas dan pandai mencerakin sesuatu masalah, dapat menjangka masalah yang mungkin timbul dan mengambil langkah awal untuk mencegahnya.

BERILTIZAM TINGGI

Mempunyai kesungguhan , ketekunan , dedikasi dan rasa bersalah jika tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

BERPANDANGAN POSITIF

Mempunyai tanggapan positif terhadap setiap pelajarnya dan berhak mendapat pendidikan serta berpotensi untuk dimajukan.

BERLAKU ADIL

Melayan semua pelajar secara sama rata tanpa membezakan .

IKHLAS

Bersungguh-sungguh menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan malah menganggapnya sebagai ibadah dan bersyukur apabila memperoehi kejayaan.

KREATIF DAN INOVATIF

Sentiasa berusaha mencari jalan memperbaiki kelemahan dan membuat perubahan yang boleh memberi faedah kepada diri dan pelajar.

BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN

Bijak berkomunikasi serta berupaya menjalin hubungan mesra dengan guru dan pelajar.

SENTIASA MENEPATI MASA

Bijak mengatur masa supaya dapat menghasilkan kerja yang baik mengikut masa yang ditetapkan.

BERWAWASAN

Berwawasan dan bercita-cita tinggi bahawa pelajar dan dirinya sendiri akan dapat mencapai sesuatu yang terbaik pada masa akan datang.

MENJADI CONTOH YANG BAIK

Guru seharusnya mempunyai budi pekerti yang mulia dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Kata nasihat guru jangan bertentangan dengan perbuatannya.

PENYAYANG

Menyayangi pelajar seperti anak sendiri.

Khamis, 6 Ogos 2009

INFO

Menjelang bulan Ramadhan ni,
mungkin elok kalau saya kongsikan artikel berkenaan dengan Buah Kurma (Tamar).

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam
keluarga phoenix.
Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.
Buahnya bertangkai seperti buah pinang.
Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,
maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.
Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.
Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.
Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.
Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.
Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.

Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.
Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ;
1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

*Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Rabu, 5 Ogos 2009

TAZKIRAH REJAB

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

KURSUS BINA BAHAN BANTU MENGAJAR.

40 orang guru pendidikan Islam dalam Daerah Rembau telah terlibat di dalam kursus pembinaan BBm dan laman Web........SK Sepri menghantar 2 orang GPI iaitu Ustazah Jazimah dan Ustaz Rafai.
Memang tengah sibuk menyiapkan BBM...
Ust Rafai turut terlibat....gaya mcm pensyarah.....
Ust Jazimah sedang membuat BBM guna power point.......utk anak didik lah tu........



ps: Boleh lah buat blog sendiri............